Saturday, April 9, 2011

Pelajar Tumbuk Guru Direman


KANGAR – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan polis menahan reman pelajar tingkatan dua yang dipercayai menumbuk seorang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Padang Besar semalam.
Majistret Nurshahida Abd. Rahim mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
Semalam, guru terbabit, Mariati Mat Ali, cedera di hidung dipercayai ditumbuk oleh pelajar tersebut selepas memintanya memberi penjelasan mengenai pergaduhan yang berlaku.
Bagaimanapun, pelajar itu terus menumbuk guru tersebut sehingga terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Fauziah semalam. – mynewshub.my

Eidawahida:hurm..pelajar sekarang mmg dh xbrape hormat cikgu dah..bkn setakat skolah menengah..sekolah rendah pon same je...lebih2 lg Tahun 6..tp nk wat camner..kuasa guru skarang dh terhad...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Brape Jauh Lagi Daa!!