Sunday, April 10, 2011

Khasiat telur tiruan menyamai telur sebenar

Kat bawah ni adalah sumber yang saya perolehi dr Utusan...khasiat telur tiruan menyamai telur sebenar...betulke?
kalu betul skalipun pengguna leh trima ke?
Bahan yang digunakan halal ke?

Kandungan protein telur tiruan menyamai tulen - Tiong Lai

10/04/2011 1:52pm

Oleh YUSRI SAHAT
KUANTAN 10 April – Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya.

“Ujian DNA pertama mendapati telur ayam tersebut tiada mempunyai sebarang masalah kepada pengguna,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini. - Utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Brape Jauh Lagi Daa!!