Friday, April 8, 2011

Guru Dibelasah sampai hidung patah...

Kalu bab cikgu belasah anak murid 5 hari 5 malam pun xabis critanya...kalu bab cikgu kena belasah smpai hidung patah..critanya kejap je...apalah nasib seorang guru sekarang eh...agaknya cikgu lepas ni kena pasang bodyguard..kena amik insuran nyawa n insuran utk stiap anggota badan..at least tak sia2 kan...

walaupun crita ini agak backdated..aku critakan jugak la utk korang...

Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar
07/04/2011 8:56pm

KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. - Bernama


kesian cikgu ni kan?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Brape Jauh Lagi Daa!!