Wednesday, November 30, 2011

suara hati

Izinkan cintaku
berbunga dihatimu
biar terus mekar jadi kenyataan
tlah lama ku dahaga
belaian seorang insan
semoga bersamamu
ceria hidupku

ku tak akan bersuara
walau dirimu kekurangan
hanya setiamu itu kuharapkan
ku tak akan menduakan
walau kilauan menduakan
kasih dan sayangku itu tetap utuh untukmu
hanya kupinta dari setia selamanya
sehingga abadi...
cinta ini sayang itu kudoakan

Tak mugkin kan terjadi
kehancuran cinta kita
andainya hatimu, seperti hatiku...

P/S:hope he'll read this..i dedicate this song for u..my dear!!

Kau Yang Satu

Tanpamu... 
Akulah yang rindu
Tanpa dirimu... 
Hilanglah manjaku
Kasihmu... 
Kata naluriku
Cintamu... 
Hanya dihatiku…
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/w/wow/kau_yang_satu.html ]
Izinkan aku... 
Selami hatimu
Izinkan aku... 
Bisikkan cintaku
Janjiku... 
Pada kau yang satu
Diriku... 
Hanyalah untukmu…

Chorus:
Engkaulah yang satu
Pujaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku
Hanya kau yang satu
Kasih dan rinduku... 
Milikmu...

P/S:thanks to him sbb sntiasa sabar melayan karenah aku..siapa sangka rupenye ade yang masih sayang diri ini!!

Sunday, November 27, 2011

Dugaan demi dugaan...tabahkan hatiku..Ya Allah!!

Lama xupdate kat sini..sedih..pedih..duka..luka..sering dtg dan pergi dlm idup aku..
dugaan demi dugaan datang dlm idupku sejak akhir2 ni..

cinta..masih adekah ruang dan pluang utk diri ini memahami erti cinta yang sebenar..erti kasih sayang yg sbenar..kau dtg dlm hidupku utk seketika..kau berikan aku bahagia...dan akhirnya kau tinggalkn aku dgn luka..

setelah ape yang kau buat utk aku..aku sndiri xtau ape punca..di manakah kesalahan aku..kau hilang tanpa bicara..di saat aku perlukn seseorang dlm hidupku..di saat aku perlukn semangat utk diri aku..ko pergi tanpa sebarang pesan..betapa sakit dan peritnya aku rasakan pada ketika itu..

kawan...terima kasih kerana kau sering ada utk diriku..terima kasih sbb kau sudi temankn aku..dengan penuh kepayahan..kau bantu aku utk bangun smula setelah aku kecundang dan tewas dlm cinta...

keluarga..terima kasih utk adik aku sbb sntiasa memberikn aku smangat utk terus memandang dr sudut positif..terima kasih sbb ko kuat utk kakakmu yg lemah ni..terima kasih sbb temankan akak..

sahabat istimewa...sahabat..walau dirimu aku tak pernah kenal siapa..terima kasih sbb sudi jd pendengar yg setia...kehadiranmu meskipun aku tidak pernah kenal dr segi wajah..suaramu dan sikap ambil beratmu terhadap diriku..membuatkan aku yakin utk mengorak langkah kembali setelah jatuh tersungkur..terima kasih..

utk setiap insan yg sentiasa ada utk diriku..terima kasih atas segalanya...

Monday, November 14, 2011

10 sebab dilarang bercinta dengan suami orang!!

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua… .khususnya wanita.

(entri di atas copy n paste sahaja ye!!)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Brape Jauh Lagi Daa!!