Thursday, April 28, 2011

Faktor-Faktor Kerajaan Memberi Kenaikan Gaji Kakitangan Awam

Kakitangan perkhidmatan awam bakal menikmati kadar kenaikan gaji baru yang telah dipersetujui oleh pihak kerajaan. Kenaikan ini merupakan pemberian pihak kerajaan yang senantiasa peka terhadap sumbangan dan pengorbanan kakitangan awam ke arah pembangunan negara. Hali ini juga membuktikan bahawa kerajaan memandang berat terhadap beban kewangan kakitangan awam ekoran kenaikan harga barangan keperluan dan juga petrol.

Antara faktor utama kerajaan memberi kenaikan gaji kepada kakitangan awam termasuklah untuk mengekalkan modal insane yang berkelayakan, berprestasi tinggi, dan bermotivasi dalam sektor awam. Dengan kenaikan gaji ini, kakitangan awam diharapkan dapat memberikan tumpuan terhadap aspek kecekapan, kualiti kerja, kepantasan dan keadilan dalam melaksanakan tugas mereka sebagai menghargai pemberian tersebut. Hal ini demikian kerana masalah kewangan yang membelenggu keluarga mereka telah diselesaikan oleh kerajaan. Adalah menjadi hasrat kerajaan agar sektor awam di Malaysia menjadi antara yang terbaik dan terbilang di dunia seiring dengan seruan Perdana Menteri kita agar negara kita menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

Kenaikan gaji kakitangan awam ini juga bertujuan untuk menarik lebih banyak kaum bukan Melayu untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Hal ini demikian disebabkan sektor perkhidmatan awam di negara ini lebih banyak dimonopoli oleh kaum Melayu. Keberkesanan ini dapat dilihat pada tahun lepas dimana permohonan jawatan oleh kaum bukan Melayu yang diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) meningkat dengan mendadak. Jumlah permohonan yang tinggi ini dilihat sebagai satu anjakan yang baik dalam sector perkhidmatan awam disebabkan oleh tarikan kenaikan gaji kepada kakitangan awam.

Selain itu, kenaikan gaji kakitangan awam ini juga bertujuan untuk memajukan lagi industi pelancongan domestik. Sebelum ini, kakitangan awam hanya memendam rasa untuk melancong bersama dengan ahli keluarga kerana dihimpit masalah kewangan. Melalui aktiviti pelancongan ini juga pendapatan Negara akan bertambah kerana peniaga akan membayar cukai perniagaan hasil keuntungan yang diperolehi daripada pelancongan domestik.

Kesimpulannya, kenaikan gaji kakitangan awam banyak mendatangkan kebaikan. Bagaimanapun, kakitangan awam perlulah bijak berbelanja agar kenaikan gaji mereka tidak menjadi seperti peribahasa, ‘korek lubang, kambus lubang’. Kerajaan pula hendaklah senantiasa memantau harga barangan dalam pasaran bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan sesuka hati

Monday, April 11, 2011

Apa tujuan saya ber"blogging"?

Apa tujuan aku berblogging..sbenarnya..blog ni dh lame dh wujud..cuma aku ni bknlah seorang blogger yg aktif..utk pengetahuan org yg baca n mengikuti blog ni...blog ni wujud sejak 2008 lg..namun dek kekangan mase n kekangan peralatan..aku stop n delete smua entri dlm blog ni..n start post balik pd 2009...erm..tp kejap je...

Tujuan..erm ntahlah...mengisi masa lapang mungkin...kalu takde entri tu mungkin sbb aku tgh syok dgn xtvt aku or sibuk dengan kehidupan aku sndiri...erm..

nape skarang aktif balik?
sbb aku rase sunyi n nilah cara aku melepaskan kesunyian tu...

Takde keje lain ke?
Keje lain ade..keje hakiki aku pun ade..tp aku luangkan mase utk ilangkan stress dgn cara ni..

Takde kawan ke?
Bkn takde..ade..tp kawan-kawan aku pon ade kehidupan masing2..n bkn stiap mase diaorang leh luangkan masa dgn aku..
ade yg dh berkeluarga..ada anak..bakal berkeluarga..sibuk dgn urusan sana sini..

Aku xde sape2 special ke?
wat masa ni..ni lah aku..inilah cara hidup aku..n aku hidup sebagaimana aku...

Aku xkisah kalu ade org nk kate ape pon pasal aku..org cuma kenal aku..penah tgk aku..tau nama aku..tp orang xpenah tau kehidupan aku..ape yg aku wat..aku xkisah ok..as long as aku hepi..korang xsenang kalu aku hepi?tpulanglah...

Sekadar untuk pengetahuan semua

Just nak sharing satu cerita dari seorang kawan. Petang semalam semasa menunggu shutter KL-IPOH saya and kawan berbual-bual.

Kami berbual perkara halal dan haram. Nak di jadikan cerita, kawan saya pun beritahu yang abang ipar dia bekerja di jabatan ----- ----- di unit serbuan.

Saya terkedu seketika mendengar cerita kawan saya. Ya Allah berapa banyakla benda haram dah jd darah daging saya ni…Nauzubillah. .Patutlah budak2 sekarang degil2, x dengar cakap…ermmm ..

Ceritanya macam nie:-

Jab. ----- ----- pernah buat serbuan di kilang memproses ikan sardine.Apa yg di jumpai amatlah memeranjatkan. Kalau kenkawan bau kuah sardin tu hanyir n lagi satu sedap kan …nak tahu apa recipenyer…kalau x percaya terpulang lah…..tau kenapa org cina suka mkn katak??? So agak2 kenkawan dapat x jawapannya….kilang tu telah mencampurkan daging katak sebagai perasa untuk menyedapkan lagi rasa kuah sardin tue..huhuhu. .itulah yg ---- jumpa tapi amat sadis kenkawan bila pegawai yg bertugas hantar report…report tu telah di ‘zip’ oleh pihak tertentu atas sebab akan merugikan pihak ‘besar’. ..kenkawan tau sardin jenama apa??? ..yg paling mahal n glamer…’

AYAM BRAND’…itulah hakikatnya…abg ipar kawan saya pun x mampu untuk buat2 apa kalau report telah di zip..apa yg mampu diheboh mulut ke mulut untuk menjaga ummah semua…..

N lagi satu serbuan telah dibuat di syarikat membuat makanan yg ternama….kankawan tahu apa yg dijumpai…agak2 pernah x rasa daging cacing?????. ..mesti kenkawan selalu minum milo kan .....yes. .daging cacing telah di campur dengan serbuk milo…..kalau ada bau hanyir itulah dia…kalau kenkawan nak lgi confirm try buat macam nie….milo + gula sahaja lepas tu tengok ada x minyak/lemak kat milo tu…kalau ada confirm…ini apa yg diberitahu oleh abg ipar kwn saya jer…

Tp saya x tahu tahun bila mereka buat serbuan…???..dan adakah pihak yg bertanggung jawab telah mengambil tindakan yg sewajarnya untuk mengikut garis panduan halal yg telah ditetapkan oleh jab. Agama Islam m’sia… wallahhualam…


n lagi satu kod no yg ada di emailkan tu jadikan lah panduan masa nak beli makanan kat pasaraya..kalau ada kod E110 ker n yg tersenarai jgn lah beli…that is confirm ada benda ‘alah’ tu…print lah kecik then laminated simpan dalam purse…memg leceh tp kalau nak amalan diterima, makanan kita lah salah satu nya jaminan…kalau dah haram..hukum nya tetap haram..x kisah walau disentetikkan pun..tetap haram……saya hanya menyampaikan perkara ni kepada kenkawan islam saya sahaja..samaada nak percaya atau tidak terpulang lah…kalau kenkawan rasa cerita ni x sahih, proceed lah makan cam biasa ek…kalau kenkawan memang penggemar ikan sardin..keluaran org melayu kita ada buat sardine ni ..dari terengganu tp saya x perasan lagi kat Shopping complex..kawan saya kata rasanya memg kurang sedap tp yg penting halal…kalau nak sedap ltaklah daging katak..huhuhu. .

milo org melayu pun dah ada kat pasaran tapi x sesedap dan seenak milo yg sedia ada sekarang….

Untuk makluman kenkawan Islam semua, article ini bukanlah article rasmi ataupun cuba menghasut tp lebih lepada peringatan..…terpulang kepada kenkawan untuk menerima atau tidak…

Saya hanya menyampaikan amanah sahaja…tepuk dada tanya iman….

wallahhualam…

( copy dari email yg diterima)
Kredit to Encik Ismail Mat Sulaiman

Sedang berkira-kira nak beli henpon baru...

Sekarang ni aku pakai henpon C905...dah mcm2 penyakit dah henpon tu...

masalah speaker la, bateri la, skrin la..mmg dah mintak yg baru la gamaknya...
aku pun tgh berkira2 nak membeli henpon baru..Antara henpon-henpon yang masuk dalam senarai untuk aku berkira-kira utk membeli..adalah dalam 4biji..tp xdelah sampai aku nk beli smua..aku tgh tgk2 mane yg the best..aku beli la satu..




Sunday, April 10, 2011

Apa akan jadi esok?

Esok adalah hari pertama sekolah aku berubah menjadi 1 sesi..kalu sebelum ni sekolah aku 2 sesi,tp setelah siap 2 blok bangunan baru, jd tahun ni semua telah berubah menjadi 1 sesi..ape akan jadi esok ye? huru-hara tak agaknya?cukup ke parking untuk cikgu?mesti jem depan sekolah tu..hurm..kita tunggu dan lihat je lah...

Care to visit my school blog,
Click Here..--->SKKJ

Khasiat telur tiruan menyamai telur sebenar

Kat bawah ni adalah sumber yang saya perolehi dr Utusan...khasiat telur tiruan menyamai telur sebenar...betulke?
kalu betul skalipun pengguna leh trima ke?
Bahan yang digunakan halal ke?

Kandungan protein telur tiruan menyamai tulen - Tiong Lai

10/04/2011 1:52pm

Oleh YUSRI SAHAT
KUANTAN 10 April – Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya.

“Ujian DNA pertama mendapati telur ayam tersebut tiada mempunyai sebarang masalah kepada pengguna,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini. - Utusan

Lagi perbezaan antara telur tiruan n telur sebenar...

Ok...gambar kt bwh ni adelah perbezaan antara telur tiruan n telur sebenar...



Klik pada gambar utk proses tumbesaran

Saturday, April 9, 2011

Antara tugas-tugas seorang guru biasa.

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA….. 

Kenapa perlu pilih guru?


1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan.

Eidawahida: ahaks...ye ke?

Pelajar Tumbuk Guru Direman


KANGAR – Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan polis menahan reman pelajar tingkatan dua yang dipercayai menumbuk seorang guru wanita Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Padang Besar semalam.
Majistret Nurshahida Abd. Rahim mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
Semalam, guru terbabit, Mariati Mat Ali, cedera di hidung dipercayai ditumbuk oleh pelajar tersebut selepas memintanya memberi penjelasan mengenai pergaduhan yang berlaku.
Bagaimanapun, pelajar itu terus menumbuk guru tersebut sehingga terpaksa dirawat di Hospital Tuanku Fauziah semalam. – mynewshub.my

Eidawahida:hurm..pelajar sekarang mmg dh xbrape hormat cikgu dah..bkn setakat skolah menengah..sekolah rendah pon same je...lebih2 lg Tahun 6..tp nk wat camner..kuasa guru skarang dh terhad...

Pelajar Mati Dibelasah Guru


ARAU: Seorang guru agama sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma (sebelum disahkan meninggal dunia oleh hospital)

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.

Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.

Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.

Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB.

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri.

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam.

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri.

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu.
“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin.

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini.

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya.

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Arwah Saiful Syazani ini seorang anak yatim. Kematian ibu. Arwah tinggal dengan keluarga angkat sejak berumur 3 tahun lagi. Makngoh tak pasti sejak umur berapa dia ke sekolah agama yang mana telah menyebabkan nyawanya melayang.

Menurut ibu angkat, arwah gembira ke sekolah tersebut dan sering juga pulang ke rumah kerana jarak sekolah ke rumah adalah 1 km sahaja.

Bapa kandung arwah pula memberitahu bahawa sudah setahun dia tidak berjumpa dengan anaknya itu kerana dia tinggal Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu.

Kejadian sadis ini bermula apabila arwah dituduh mencuri wang rakan-rakannya. Malah, diberitakan bahawa sebelum kejadian ini, arwah sudah berkali-kali dituduh mencuri. Kemuncaknya malam Khamis lepas, apabila arwah diikat tangannya di tingkap dan dibelasah oleh guru agama yang juga warden asramanya. Arwah dibelasah hampir 2 jam sehingga pengsan. Dikatakan bahawa, arwah telah merayu dan menangis minta dilepaskan. Bayangkan, pelakuan kejam tersebut dilakukan kepada budak yang berumur hanya 7 tahun. kasihannya.

Menurut laporan akhbar, insiden soal siasatan dan belasah itu bermula pukul 7 malam, dan arwah hanya dikejarkan ke hospital pada pukul 1.30 pagi. Berapakah jarak masa di situ? Jika benar hampir dua jam bermakna hampir pukul 9 malam. Guru agama tersebut tidak sembahyang ke? Jika benar hampir dua jam bermakna arwah mula pengsan lebih kurang pukul 9 malam, jadi kenapa baru pukul 1.30 pagi baru dihantar ke hospital?

Bukan sekadar guru agama tersebut yang perlu dihadapkan ke muka pengadilan, tetapi juga beberapa guru-guru lain di sekolah agama tersebut juga perlu disoal siasat.

Beginikah cara sekolah agama berfungsi dan memberi hukuman kepada pelajar? Adakah garis panduan sekolah agama tidak sama dengan sekolah harian biasa?

Pencuri dewasa yang mengaku mencuri pun tidak dikenakan hukuman dibelasah hingga mati. Inikan pula seorang budak 7 tahun yang tidak mengaku mencuri, sekadar dituduh. Sangat kasihan dan malang

Arwah Saiful Syazani ini seorang anak yatim. Kematian ibu. Arwah tinggal dengan keluarga angkat sejak berumur 3 tahun lagi. Makngoh tak pasti sejak umur berapa dia ke sekolah agama yang mana telah menyebabkan nyawanya melayang.

Menurut ibu angkat, arwah gembira ke sekolah tersebut dan sering juga pulang ke rumah kerana jarak sekolah ke rumah adalah 1 km sahaja.

Bapa kandung arwah pula memberitahu bahawa sudah setahun dia tidak berjumpa dengan anaknya itu kerana dia tinggal Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu.

Kejadian sadis ini bermula apabila arwah dituduh mencuri wang rakan-rakannya. Malah, diberitakan bahawa sebelum kejadian ini, arwah sudah berkali-kali dituduh mencuri. Kemuncaknya malam Khamis lepas, apabila arwah diikat tangannya di tingkap dan dibelasah oleh guru agama yang juga warden asramanya. Arwah dibelasah hampir 2 jam sehingga pengsan. Dikatakan bahawa, arwah telah merayu dan menangis minta dilepaskan. Bayangkan, pelakuan kejam tersebut dilakukan kepada budak yang berumur hanya 7 tahun. kasihannya.

Menurut laporan akhbar, insiden soal siasatan dan belasah itu bermula pukul 7 malam, dan arwah hanya dikejarkan ke hospital pada pukul 1.30 pagi. Berapakah jarak masa di situ? Jika benar hampir dua jam bermakna hampir pukul 9 malam. Guru agama tersebut tidak sembahyang ke? Jika benar hampir dua jam bermakna arwah mula pengsan lebih kurang pukul 9 malam, jadi kenapa baru pukul 1.30 pagi baru dihantar ke hospital?

Bukan sekadar guru agama tersebut yang perlu dihadapkan ke muka pengadilan, tetapi juga beberapa guru-guru lain di sekolah agama tersebut juga perlu disoal siasat.

Beginikah cara sekolah agama berfungsi dan memberi hukuman kepada pelajar? Adakah garis panduan sekolah agama tidak sama dengan sekolah harian biasa?

Pencuri dewasa yang mengaku mencuri pun tidak dikenakan hukuman dibelasah hingga mati. Inikan pula seorang budak 7 tahun yang tidak mengaku mencuri, sekadar dituduh. Sangat kasihan dan malang




Sumber: makngohselamoh

Eidawahida: Memang tak patut,aku juga seorang guru, aku memang garang dengan murid terutama murid Tahap 2, tapi dengan murid Tahun 1, kalu aku ajar diorang, aku slalu wat game utk diorang...aduhai, cikgu agama ni muda setahun je kot dari aku, mungkin dia tak didedahkan dengan garis panduan dari KPM kot...semoga beliau dihukum dengan setimpalnya..

Friday, April 8, 2011

Kacang Hijau Tiruan Plak

Adoi...xabis2 pasal mende tiruan..dari kes, beras dan telur...kita ke kes kacang hijau plak...
Sejauh mana ketidakaslian kacang hijau ni..sila baca artikel yang sy amik dr Tarabassing

Kacang Hijau Tiruan di Tesco

Bagi mereka yang suka makan makanan ringan, harap ambil perhatian dari analisa seorang ahli makmal di USM berkenaan kacang hijau.
Seperti yang terdapat di pasaran, makanan ringan kacang hijau terdapat beberapa jenis dari pelbagai jenama. Antaranya kacang hijau manis sahaja dan kacang hijau bersalut tepung dan sebagainya.

Kacang hijau mengandungi dua kali ganda protein dari sayur-sayuran, malah boleh jadi pengganti daging.Tiga suku cawan kacang memberikan 6 gram protein,tiamin plus , riboflavin, niacin, kalsium, besi, fosforus, kalium dan 645 unit vitamin A.

Malangnya sebahagian besar industri makanan ringan di negara-negara membangun berlaku penipuan dengan kacang hijau palsu yang terdiri dari racun bahan kimia (pewarna). Industri-industri ini menyediakan kacang seperti kacang rebus yang berwarna coklat (lebih murah) kemudian merendamnya dalam larutan pewarna semalaman.
Semua bahan kimia ini telah dilarang oleh makanan AS pada tahun 1974 . Kesan dari pewarna kacang hijau palsu boleh merosakkan usus besar dan kanser pundi kencing. Semua kacang hijau palsu dilarang di AS, Kanada, semua Negara Eropah dan negara-negara maju lain.


Pengenalan kacang hijau palsu:


1. Masukkan kacang hijau dalam air mendidih selama 30 saat, ternyata air bertukar kepada warna hijau.
2. Setelah makan kacang hijau palsu ini akan menyebabkan lidah anda mempunyai kesan berwarna hijau dan rasa pahit.

Gejala :
1. Sakit perut.
2. Air kencing berubah menjadi seakan warna hijau.
3. Sakit kepala ringan.





Kajian kes :
Paket berikut ini dibeli oleh seorang pakar dalam kajian dadah USM daripada Tesco , Pulau Pinang pada tarikh 4 Julai 2010.

Sebagai ahli kimia beliau membuat ujian di makmal dan menjumpai bahan pewarna tiruan di dalam kandungannya.

Rujukan akhbar :
News paper reference:
China daily

D. Bharath Reddy
Research scholar
Centre for drug research
USM, Pulau Penang
Malaysia 11800.

Guru Dibelasah sampai hidung patah...

Kalu bab cikgu belasah anak murid 5 hari 5 malam pun xabis critanya...kalu bab cikgu kena belasah smpai hidung patah..critanya kejap je...apalah nasib seorang guru sekarang eh...agaknya cikgu lepas ni kena pasang bodyguard..kena amik insuran nyawa n insuran utk stiap anggota badan..at least tak sia2 kan...

walaupun crita ini agak backdated..aku critakan jugak la utk korang...

Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar
07/04/2011 8:56pm

KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. - Bernama


kesian cikgu ni kan?

Kawanku dh mkn telur tiruan

Aku tak tau aku nk gelak ke simpati....huahuahua...semalam aku ade update status aku kt Facebook..ala2 bunyinya (eh ade bunyi ke?)


Sila abaikan ayat akhir je..kiranya dia dh mkn bahan kimia la tu kan..kesannya xplak aku tny..yg pasti telur tu xkan menetas okey....

Beras Plastik (Made In China)

Tak abis-abis China ni..sebenarnya sebelum kecoh hal telur ayam tiruan..dah kecoh pasal diorang mencipta beras daripada plastik..

Aku xpasti plak beras ni dh masuk pasaran tempatan ke tak...kalu telur tiruan tu mmg dah kuar kat TV3 mase Buletin Utama tu kan...



kalu mengikut Nota Kosong, bahan utama beras ni adalah PLASTIK...

Menurut sumber lain plak,Video Gempak
Beras plastik ini dibuat dengan membentuk kentang dan ubi jalar ke dalam bentuk padi, lalu ditambah dengan resin sintetik. Kata pakar pemakanan. Kerana beras ini berbeza daripada beras biasa, ia lebih keras seperti batu selepas dimasak. Selain itu, resin sintetik yang terdapat didalamnya sangat bahaya kepada tubuh manusia.

Dipetik daripada Mingguan Hong Kong, terdapat beras tiruan yang diperbuat daripada plastik dijual secara besar-besaran di China. Menurut laporan itu, beberapa pengedar menjual beras palsu di Taiyuan, Wilayah Shaanxi, dan beras ini adalah campuran kentang, ubi jalar dan plastik.




Pesanan penaja:Belilah beras buatan Malaysia ye..

Thursday, April 7, 2011

Telur Ayam Tiruan (Made In China)

Kalau tak kerana berita hangat pasal telur tiruan hari nie. Sampai kesudah, saya tak tahu .. telur ayam pun boleh diciplak. Ingatkan barang-barang elektronik je. Nie tak .. telur ayam pun kena jugak. Tak sangka betul !

Tadi .. search kat Google. Rupa-rupanya .. pengeluaran telur ayan tiruan nie memang dah lama. Paling lama yang saya dapat kesan .. tahun 2008. Huh ! .. memang lama. Cuma sekarang nie je mula dikesan memasuki pasaran Malaysia.

Kenapa telur tiruan dicipta?
Sebabnya .. satu je ! Wang ! Menurut dari apa yang saya baca. Nak buat telur tiruan nie. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran semasa. Kalau dalam Yuan .. nak buat satu telur nie. Cuma 0.55 Yuan/kg berbanding 5.6 Yuan/kg untuk telur sebenar. Jadi nak jimat kos .. jalannya mudah je. Buat yang tiruan.

Macam mana telur ayam tisuan dibuat ?
Nak tahu .. korang tengok gambar-gambar kat dibawah nie.


Rupa telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan. Memang nampak berbeza.



Bahan-bahan membuatnya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, aluminium dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.

Cara membuatnya:

1)Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.


2)Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat


3)Lapisan luar telur kuning terbentuk


4)Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.


5)Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !


Senang je diorang buatkan..yang kena menanggung sakit akibat kesan bahan kimia ni..kita sebagai pengguna lah...kepada pengguna di luar sana..harap lebih berhati-hati lah ye...

Perbezaan telur ayam tiruan dengan yang sebenar ?
Telur ayam tiruan .. kalau digoreng seperti gambar diatas. Gelembung-gelembung kecil akan kelihatan disekelilingnya. Selain itu .. rasanya pun lain. Lebih sedap dari biasa ! Kulit telur ayam pula .. lebih senang dipecahkan. Tapi .. nak check .. macam mana ye ?

Sumber Rujukan: Telur Ayam Tiruan | Cara Membuat dan Membezakannya ! | anastasyea.com

Notis Kiamat Dalam Mulut Bayi

Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia
telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam
mulut bayi tersebut... ... ... ... ..Nak tahu ape dia ??

Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut
telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia,sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang
mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut
sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..

Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita keranatelah memberi maklumat tersebut...

Adakah anda percaya ?

Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki.Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.

Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... ... ... ..Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan
pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar
bersiap sedia... ..untuk menanti ketibaan hari kiamat... ... ... ... ... ... ..

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga
tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama
sama kita renungkan... bukt! ianya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekian

Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi
tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..
Notis dlm Mulut Bayi(pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya.......

fwd emel..

mende ni aku copy n paste je..xde edit2..aku cuma rasa artikel ni menarik,..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Brape Jauh Lagi Daa!!