Dari dia...
Nun disini kumenantimu
Obor yang menyala takkan ku biar ia padam
Raut wajahmu tetap dimataku
Walaupun kau jauh
Aku tetap mengingatimu
Hanya jasad ku disini
Namun hatiku tetap bersamamu
Indahnya kalau kita bersama
Dapat kugenggam tanganmu
Aku tetap menanti saat bahagia itu kembali
Dari aku...
Dia..
Ibarat pelangi selepas hujan
Memberi warna warna keindahan selepas perginya hujan
memberi kegembiraan selepas datangnya kesedihan
Dia..
Hadirnya memberi senyuman
Hadirnya membawa kegembiraan
Pergilah kekecewaan
Hilanglah kesedihan
Dengan adanya dia di sisi
Hati yang menangis tersenyum kembali
Dia..
Disitu kasih terlimpah
Disitu rindu bercambah
Disitu rindu tercurah
Semoga sayang itu tidak berpaling tadah
Terima kasih untuk dia
Kerana sentiasa ada untuk diri ini
Yang tak jemu melayan
Semoga rasa ini terus kekal dan tidak mengecewakan.